|
|
||||||||||||||||||||||||||||
|
SINOPSIS "Kebajikan itu adalah budi pekerti yang elok...." (Muslim) ISI KANDUNGAN
INFO PENULIS Arieff Salleh bin Rosman adalah anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 4 November 1975 di Kota Tinggi, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Adela dan Sekolah Kebangsaan Felda Semencu. Hasil usaha beliau mendapatkan 5A dalam Ujian Penilaian Darjah Lima beliau diterima masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat, Johor. Sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, beliau pernah mengikuti kursus di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Berbekalkan 6 agregat SPM, beliau menyambung pengajian di peringkat universiti pada tahun 1993. Setelah empat tahun berjuang, beliau berjaya menerima segulung ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam daripada Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 1997. Tanpa merasa jemu menuntut ilmu, beliau menyambung pelajaran pada peringkat sarjana pada tahun 1999 dan berjaya menerima Sarjana Pengajian Islam (Syariah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. Tesis sarjana beliau adalah berkaitan harta intelek menurut fiqh Islam dan undang-undang Malaysia. Berbekalkan azam yang berkobar-kobar untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang keilmuan, beliau sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang ini beliau bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Sebelum bertugas sebagai pensyarah, beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah al-Hasanah, Bandar Tun Razak, Pahang. Di samping itu beliau juga banyak terlibat dalam memberikan ceramah-ceramah motivasi kepada para pelajar dan juga masyarakat umum. Ketika usia remaja, beliau adalah seorang pelajar yang aktif. Beliau pernah menjadi Ketua Pengawas di Sekolah Kebangsaan Felda Adela dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat. Ketika di alam universiti, beliau aktif menyertai persatuan-persatuan pelajar. Beliau pernah menyandang jawatan Exco Persatuan Pelajar Malaysia Jordan, Presiden Badan Kebajikan Pelajar Johor di Jordan dan Presiden penaja Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Mu’tah, Jordan. Anugerah yang pernah beliau terima ialah pelajar terbaik penilaian darjah lima Sekolah Kebangsaan Felda Adela, pelajar terbaik SPM 1992 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat, pelajar terbaik SPM 1992 peringkat Daerah Segamat, Johor, dan top 20 Fakulti Sastera, Universiti Mu’tah, Jordan. Anugerah yang beliau terima ketika menyandang jawatan pensyarah ialah Anugerah Tokoh Pensyarah Harapan 2002 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Beliau berminat dalam bidang penulisan dan telah menerbitkan buku, kertas kerja seminar, kertas kerja kursus motivasi dan artikel majalah. Buku yang beliau telah terbitkan ialah Murtad menurut Perundangan Islam dan Harta intelektual menurut Fiqh Islam yang diterbitkan oleh Penerbit UTM. Buku panduan solat jamak qasar yang diterbitkan oleh Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM. Buku Membentuk jati diri remaja dan Remaja sukses yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors. Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd (holding company kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Selain itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia. Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah. Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu. Selain menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang terjemahan, komunikasi, motivasi, kerja-kerja sosial dan kaunseling di mana rumah beliau sendiri dijadikan pusat latihan dan program latihan fasilitator untuk program-program motivasi dan kerja-kerja sosial, beliau juga sering dipanggil untuk memberi ceramah dan bimbingan motivasi di pelbagai jabatan kerajaan dan swasta. Selain daripada itu, beliau juga terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan terutamanya dalam menjaga kebajikan kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang di mana beliau sering dijadikan tempat aduan. Rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan untuk kaum orang asli Janda Baik. Buku lain oleh penulis ini
Customer Reviews on Indahnya Budi Pekerti - 9789831920435 There are no reviews for this product. Be the first one to share your opinion!
More products in
Malay Book
Leave Comments on Indahnya Budi Pekerti - 9789831920435
Step 1: Browse/Search
Product Browse and select the product that you are interested
through product category or product search. Step 2: Add to Cart Click the “Add to Cart” button to add items to your shopping
cart and click the “Continue Shopping” button if you would like to continue
shopping. Step 3: Checkout
& Login If you are a first time purchaser you are requested to
create an account with SuperBuy during the CheckOut. If you are an
existing user, please login to complete the CheckOut. Step 4: Select
Shipping Method Select the desired shipping method, such as Poslaju or
self-collect. (Note: Some items might use other courier services other than
Poslaju. For self-collect, please contact us before you come to collect the
items.) Step 5: Select
Payment Method Select the payment method. We accept credit cards
(Visa/Mastercard), Maybank2U, CIMB online, EPP, PayPal. You must then confirm the payment. Step 6: Complete The order is completed and you may print the receipt as a
record. |
|||||||||
| You may also interested in : | |||||||||
|
Scan and Share it!
|
|||||||||

























