Support

Superbuy Live Support
| Mobile Site |
 
Syamail Muhammadiah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Hardcover) - 9789673660643 
   (Write a Review)
  
Our Price: 
MYR 35.00 (USD 12.28)
Superpoint 
35 points
Brand:
Available
Delivery within 3 - 5 working days
Item No.: 67633
9789673660643
 

Quantity:  

 
 
 
100%
Authentic

SINOPSIS

Daripada penterjemah:

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

-     Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).

-     Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim

-     Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil

-     Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah

-     Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs

-     Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy

-     Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf

-     Syeikh Dr. Ahmad Yusri

-     Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy

-     Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani

-     Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

-     Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah

Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:

  • Mentakhrij ayat al-Qur`an.

  • Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.

  • Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).

  • Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.

  • Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.

  • Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.

Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Terjemahan Ini

  • Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.

  • Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

  • Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

  • Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

  • Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.

  • Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

  • Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya 27519).

  • Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)

  • Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.

  • al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)

  • al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.

  • Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imam al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.

  • Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).

  • Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.

* * * * *

Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.

ISI KANDUNGAN

1 Fizikal Rasulullah

2 Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah

3 Rambut Rasulullah

4 Cara Rasulullah Merapikan Rambut

5 Uban Rasulullah

6 Semir Rambut Rasulullah

7 Celak Mata Rasulullah

8 Pakaian Rasulullah

9 ‘Isy Rasulullah

10 Kasut Rasulullah

11 Sandal Rasulullah

12 Cincin Rasulullah

13 Cara Rasulullah Memakai Cincin

14 Pedang Rasulullah

15 Baju Besi Rasulullah

16 Topi Besi Rasulullah Ketika Perang

17 Serban Rasulullah

18 Kain Sarung Rasulullah

19 Cara Rasulullah Berjalan

20 Kain Penutup Kepala

21 Cara Rasulullah Duduk

22 Tempat Rasulullah Bersandar

23 Cara Rasulullah Bersandar

24 Cara Rasulullah Makan

25 Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah

26 Lauk yang Dimakan Rasulullah

27 Wuduk Rasulullah

28 Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan

29 Cawan Minum Rasulullah

30 Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah

31 Minuman Rasulullah

32 Cara Rasulullah Minum

33 Wangian Rasulullah

34 Cara Rasulullah Berbicara

35 Cara Rasulullah Tertawa

36 Cara Rasulullah Bergurau

37 Syair Rasulullah

38 Bual Bicara Rasulullah

39 Cara Tidur Rasulullah

40 Ibadah Rasulullah

41 Solat Dhuha Rasulullah

42 Solat Sunat Rasulullah di Rumah

43 Puasa Rasulullah

44 Cara Rasulullah Membaca Quran

45 Tangisan Rasulullah

46 Tempat Tidur Rasulullah

47 Sifat Tawaduk Rasulullah

48 Akhlak Rasulullah

49 Sifat Malu Rasulullah

50 Berbekam

51 Nama-Nama Rasulullah

52 Kehidupan Rasulullah

53 Usia Rasulullah

54 Kewafatan Rasulullah

55 Harta Warisan Rasulullah

56 Melihat Rasulullah dalam Tidur

INFO PENULIS

Imam Tirmizi adalah salah seorang perekod dan ahli hadis utama, selain Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, dan setaraf dengannya. Karyanya, Kitab Al-Jamik, atau dikenali dengan kitab Jamik Tirmizi, menjadi salah satu rujukan penting berkaitan masalah hadis dan ilmunya, serta termasuk dalam Kutubus Sittah (enam kitab utama dalam bidang Hadits) dan ensiklopedia hadis terkenal. 

Beliau dilahirkan pada 279 H di kota Tirmiz, Imam Tirmizi bernama lengkap Imam Al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin Ad-Dahhak As-Sulami At-Tirmizi. Sejak kecil, Imam Tirmizi gemar belajar ilmu dan mencari hadis. Untuk keperluan ini beliau mengembara ke beberapa negara antara lain Hijaz, Irak, Khurasan, dan lain-lain. 

Dalam lawatannya itu, beliau banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru hadis bagi mendengar hadis dan kemudian dihafal dan dicatatnya dengan baik. Antara gurunya adalah; Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Abu Daud. Selain itu, beliau juga belajar daripada Imam Ishak bin Musa, Mahmud bin Gailan, Said bin Abdurrahman, Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni', dan lainnya. 

Daripada kumpulan hadis dan ilmu-ilmunya dipelajari dan dilaporkan oleh banyak ulama, antaranya; Makhul ibnul-Fadl, Muhammad bin Mahmud Anbar, Hammad bin Syakir, Abd bin Muhammad An-Nasfiyyun, Al-Haisam bin Kulaib Asy-Syasyi, Ahmad bin Yusuf An-Nasafi, Abul-Abbas Muhammad bin Mahbud Al-Mahbubi, yang melaporkan daripada kitab Al-Jamik  dan lain-lain. Mereka ini pula murid-murid Imam Tirmizi. 

Ramai ulama dan ahli hadis mengakui kekuatan dan kelebihan dalam diri Imam Tirmizi. Selain itu, kebaikan dan ketakwaannya tidak dapat diragukan lagi. Salah satu ulama itu, Ibnu Hibban Al-Busti, pakar hadis, mengakui kemampuan Tirmizi dalam menghafal, menghimpun, menyusun, dan meneliti Hadits, sehingga menjadikan dirinya sumber pengambilan hadis oleh para ulama terkenal, termasuk Imam Bukhari. 

Sementara kalangan ulama lainnya mengungkapkan, Imam Tirmizi adalah sosok yang dapat dipercaya, amanah, dan sangat teliti. Kisah yang dikemukakan Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Tahzib At-Tahzibnya, dari Ahmad bin Abdullah bin Abu Dawud. 

Selain dikenal sebagai ahli dan penghafal Hadits, mengetahui kelemahan-kelemahan dan perawi-perawinya, Imam Tirmizi juga dikenal sebagai ahli fikah dengan wawasan dan pandangan luas. Pandangan-pandangan tentang fikah itu misalnya, dapat ditemukan dalam kitabnya Al-Jamik. 

Ini adalah satu contoh yang menunjukkan kepada kita, betapa cemerlangnya pemikiran fikah Imam Tirmizi dalam memahami nas-nas hadis, serta betapa luas dan orisinal pandangannya itu. Imam Tirmizi menulis puluhan kitab, antaranya: Kitab Al-Jamik, terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmizi, Kitab Al-'Ilal, Kitab At-Tarikh, Kitab Asy-Syama'il an-Nabawiyyah, Kitab Az-Zuhd, dan Kitab Al-Asma' wal-Kuna.

Kitab Sunan Tirmizi dianggap terpenting kerana kitab ini betul-betul memperhatikan ta'lil (penentuan nilai) hadis dengan menyebutkan secara tepat hadis yang sahih. Itu sebabnya, kitab ini menduduki peringkat ke-4 dalam urutan Kutubus Sittah, atau menurut penulis buku Kasyf Az Zunuun, Hajji Khalfah (w. 1657), kedudukan Sunan Tirmizi berada pada tingkat ke-3 dalam hierarki Kutubus Sittah. 

Tidak seperti kitab Hadits Imam Bukhari, atau yang ditulis Imam Muslim dan lainnya, kitab Sunan Tirmizi dapat difahami oleh siapa saja, yang memahami bahasa Arab tentunya. Dalam memilih hadis untuk kitabnya itu, Imam Tirmizi bertolak pada dasar apakah hadis itu dipakai oleh fuqaha (ahli fikah) sebagai hujah (dalil) ataupun tidak. Sebaliknya, Tirmizi tidak menyaring hadis dari aspek hadis itu daif ataupun tidak. Itu sebabnya, ia selalu memberikan uraian tentang nilai hadis, bahkan uraian perbandingan dan kesimpulannya. 

Beberapa keistimewaan Kitab Jamik atau Sunan Tirmizi adalah, pencantuman laporan daripada sahabat lain mengenai masalah yang dibahas dalam hadits utama (Hadis al-Bab), baik isinya yang semakna mahupun yang berbeza, bahkan yang bertentangan sama sekali secara langsung maupun tidak langsung. 

Selain itu, keistimewaan yang langsung kaitannya dengan ulum al-Hadis (ilmu-ilmu Hadis) adalah masalah ta'lil hadis. Hadis-hadis yang dimuat disebutkan nilainya dengan jelas, bahkan nilai pelapor yang dianggap penting. Kitab ini dinilai positif kerana dapat digunakan untuk penerapan praktik kaedah-kaedah ilmu Hadits, khususnya ta'lil hadis itu.

Muhammad Masnur Hamzah adalah lulusan M.A dan B.A (Hons) di Jabatan Sejarah Islam, Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau aktif melakukan dakwah dan menterjemah banyak buku antaranya Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan, Jundullah Tsaqafatan, Meraih Cinta Rasul, Kumpulan Khutbah Imam Ali, Yang Ringkas dan Bermanfaat, Agar Harta Tidak Menjadi Fitnah, Kunci Kebahagiaan, Strategi Hijrah, Dalil Anfus, Dalam Dirimu Apakah Tidak Kamu Perhatikan, Nutrisi Nabawi, Pengobatan Rasulullah, Kenistaan Maksiat dan Keberkahan Takwa.

Buku lain oleh penulis ini




 Customer Reviews on Syamail Muhammadiah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Hardcover) - 9789673660643

 There are no reviews for this product. Be the first one to share your opinion!

Create your review 



(0) Q & A on Syamail Muhammadiah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Hardcover) - 9789673660643   
Ask a Question


More products in  Malay Book 


Leave Comments on Syamail Muhammadiah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Hardcover) - 9789673660643 

 
Please Login in order to review this product.  Not yet a member? Register here.

 
Q & A: Syamail Muhammadiah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Hardcover) - 9789673660643   
Ask a Question
 


Step 1: Browse/Search Product

Browse and select the product that you are interested through product category or product search.

Step 2: Add to Cart

Click the “Add to Cart” button to add items to your shopping cart and click the “Continue Shopping” button if you would like to continue shopping.

Step 3: Checkout & Login

If you are a first time purchaser you are requested to create an account with SuperBuy during the CheckOut. If you are an existing user, please login to complete the CheckOut. 

Step 4: Select Shipping Method

Select the desired shipping method, such as Poslaju or self-collect. (Note: Some items might use other courier services other than Poslaju. For self-collect, please contact us before you come to collect the items.)

Step 5: Select Payment Method

Select the payment method. We accept credit cards (Visa/Mastercard), Maybank2U, CIMB online, EPP, PayPal. You must then confirm the payment.

Step 6: Complete

The order is completed and you may print the receipt as a record.

 

You may also interested in : muhammad
Scan and Share it!